RUMUSAN
Interaksi
ialah proses saling bertindak balas, saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Interaksi yang berlaku antara guru dan murid dalam bilik darjah dibahagikan
kepada tiga kategori utama iaitu percakapan guru, percakapan murid dan juga
kesenyapan dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai pola interaksi yang berlaku di
dalam bilik darjah antaranya interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi
pelbagai hala. Oleh itu, guru berperanan penting berkaitan dengan gaya
percakapan kerana ianya banyak tertumpu kepada pengaruh langsung. Maksud di
sini ialah kebanyakan percakapan guru adalah berbentuk syarahan atau
penerangan.
Proses
interaksi adalah perkara yang tidak dapat dielakkan di dalam kehidupan seharian
kerana tanpa proses tersebut, kita akan berada dalam kesunyian dan tertinggal
dalam pelbagai bidang. Proses interaksi adalah hubungan antara individu dengan
satu individu lain, atau sebaliknya sehingga lahir hubungan yang saling timbal
balik. Sekolah merupakan tempat yang banyak berlakunya proses interaksi
khususnya dalam bilik darjah iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Proses interaksi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan
bukan lisan di mana pengetahuan, sikap dan kemahiran yang disampaikan bertujuan
untuk mendapatkan gerak balas yang dikehendaki. Di dalam bilik darjah terdapat
3 jenis pola interaksi iaitu interaksi sehala melibatkan interaksi sehala
daripada guru kepada murid, interaksi dua hala melibatkan guru dengan murid
atau murid dengan murid, dan akhir sekali interaksi pelbagai hala melibatkan
guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan guru.
Interaksi
di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang efektif. Guru yang tiada kemahiran komunikasi dan
interaksi akan mewujudkan kelas yang tidak kondusif menyebabkan murid-muridnya
tidak bermotivasi. Terdapat pelbagai kepentingan dalam berkomunikasi iaitu
dengan membolehkan guru memotivasi murid-muridnya supaya menimbulkan minat dan
perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana yang kita
tahu, pelajar akan bosan sekiranya interaksi atau suasana pembelajaran tidak
menarik, dimana kurangnya interaksi diantara guru dengan murid dan hal ini
membuatkan pelajar membuat perkara lain semasa sesi pembelajaran.
Selain
itu, interaksi yang positif diantara guru dan murid di dalam bilik darjah boleh
merapatkan lagi hubungan yang baik sesama mereka. Dengan ini, pelajar akan
berasa selesa semasa guru tersebut mengajar sekali gus menarik minat mereka
untuk mendalami ilmu yang guru mereka sampaikan dan membolehkan berlakunya
interaksi yang baik ketika guru bertanyakan kepada pelajarnya. Guru dapat
menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan dan mencapai objektif mereka.
Dengan adanya interaksi yang baik di dalam bilik darjah, guru menjadi lebih mudah untuk menyampaikan apa
yang hendak disampaikan kepada anak muridnya tercapai sekali gus anak muridnya
faham apa yang diajari oleh gurunya. Hal ini dapat membantu guru untuk mencapai
objektif yang dikehendaki.
Kesimpulannya,
proses interaksi sangat penting supaya segala pertukaran maklumat akan berlaku
antara satu sama lain. Ia juga penting untuk mengetahui cara berinteraksi
dengan berkesan supaya dapat mengeratkan lagi perhubungan guru dengan
murid-murid dalam bilik darjah dan akhir sekali penyampaian terhadap perkara
yang dibincangkan akan sampai kepada semua pelajar tanpa ada perasaan berat
sebelah.
BAHAN
TAMBAHAN
Nilai:
Perubahan persekitaran dan kurikulum pada masa ini menjadikan profesion
keguruan semakin mencabar hingga menuntut golongan pendidik perlu berusaha
mencari pelbagai pendekatan baru bagi meningkatkan keberhasilan murid.
Sebelum ini,
pendekatan pengajaran hanya berdasarkan kepada kapasiti serta keupayaan
seseorang guru merancang, menyedia dan menjalankan sesi pembelajaran dan
pengajaran (PdP) secara individu selain dibantu sukatan pelajaran dan
pengetahuan kendiri.
Namun, seiring
dengan transformasi sistem pendidikan negara, guru perlu berkolaboratif bersama
guru lain dalam komunitinya bagi menghasilkan rancangan mengajar lebih
bervariasi bagi menarik minat murid belajar dengan berkesan.
Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) Datuk Dr Amin Senin berkata, kualiti guru menyumbang kepada
prestasi pencapaian sekolah dan keberhasilan murid.
Beliau
berkata, perkara ini adalah satu faktor yang sedang dipertingkatkan menerusi
program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) seperti yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
“Murid tak
mahu belajar adalah satu contoh masalah dalam bilik darjah kita selain masalah
disiplin, interaksi dan lain-lain.
“Jelas,
peranan guru hari ini bukan saja mengajar, tetapi harus mencari punca dan idea
bagi menyelesaikan masalah berkenaan supaya pembelajaran berlaku secara aktif,”
katanya.
Menurut Dr
Amin, PLC antara kaedah sesuai yang boleh digunakan golongan pendidik untuk
menyelesaikan masalah dalam bilik darjah melalui amalan perkongsian sesama
mereka yang boleh mengembangkan profesionalisme dan keupayaan sebagai pendidik.
“PLC memberi
autonomi kepada guru menyelesaikan masalah dalam bilik darjah dengan mengikut
keupayaan dan kreativiti mereka sendiri.
“Ini bermakna
seseorang guru bukan saja perlu menguasai asas pengetahuan mengajar, malah
berupaya dan mempunyai daya kreativiti serta inovatif untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi bagi melancarkan sesi PdP dalam bilik darjah.
“Menerusi PLC,
guru boleh membuat perkongsian cara menyelesaikan sesuatu masalah dengan guru
sekolah lain,” katanya.
Menurutnya,
PLC adalah satu model strategi pengajaran yang diguna pakai di negara maju
seperti Jepun dan Amerika Syarikat.
“Ia adalah
amalan biasa dilakukan guru dalam bilik darjah namun ditambah baik daripada
inisiatif program pembangunan berterusan (CPD) yang dilaksanakan pada 2011.
“Dalam
Gelombang 1 PPPM, PLC sudah dilaksanakan di 1,178 sekolah menengah dan rendah
seluruh negara dengan tumpuan kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains dan Sejarah.
“Fasa pertama
menyaksikan guru-guru didedahkan dengan PLC iaitu satu kaedah perkongsian
sesama guru bagi mendapatkan keberhasilan dan meningkatkan prestasi murid
selaras dengan objektif PPPM,” katanya.
Keratan
akhbar Harian Metro
RUJUKAN
Zalina Ina.
(2012). Mewujudkan Iklim Bilik Darjah Yang Kondusif. Diperoleh https://www.scribd.com/document/86625589/Mewujudkan-Iklim-Bilik-Darjah-Yang-Kondusif
Khairul Azam Bahari.
(2006). Amalan Komunikasi Guru-Murid di dalam Bilik Darjah: Satu
Kajian Kes. Tanjong Malim Perak: Fakulti Bahasa, UPSI.
No comments:
Post a Comment